Taman Mahkota Idaman,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
5 Januari 2011
Ke hadapan sahabatku yang diingati selalu, Norhana yang berada di Ipoh.
Semoga saudari sekeluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saya
dan keluarga di sini sihat walafiat.
Saudari,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru
2011. Apa azam saudari pada tahun ini? Isi surat saya pada kali ini
mengandungi cerita tentang pengalaman percutian saya dan keluarga saya
di Cameron Highlands pada cuti hujung tahun yang lalu.
Saya menginap di sebuah hotel di Brincang selama dua malam. Semasa
berada di sana, saya telah berkunjung ke beberapa tempat yang menarik.
Saya berpeluang melawat ladang teh, kebun bunga ros, taman kaktus,
ladang strawberi, kebun sayur-sayuran dan Hutan Lipur Tanah Rata.
Tempat yang menarik hati saya ialah ladang strawberi. Di situ, saya
berpeluang memetik sendiri buah strawberi yang segar. Saya membeli
beberapa bungkus strawberi untuk dibawa pulang. Cuaca di Tanah Tinggi
Cameron Hinglands sangat sejuk. Saya berasa seolah-oleh berada di luar
negara yang beriklim sejuk. Saya begitu gembira dapat bercuti di sana.
Setakat ini sahaja yang dapat saya tulis untuk tatapan saudari. Semoga
dipanjangkan usia kita agar dapat berjumpa lagi.
Sahabatmu ,
Hanim Insyirah
Nasib baik saya tahu kerana saya ada ujian esok!!!!?😱😱😱😱😱😱😱😱😱😱😱😱
ReplyDelete😅
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMy exam is on Monday 🙁
ReplyDelete😂😂😂😂
DeleteEsok periksa jangan nk main Fon je
ReplyDeleteThanks for the essay.
ReplyDeleteYes it's essay
Delete