Sunday 18 November 2012

CONTOH LAPORAN





Belia dan Remaja pelapis kepada pemimpin yang ada sekarang
Oleh Pretty Licha


MUKAH: Seramai 30 orang belia menyertai Seminar Belia dan remaja 2012 yang dianjurkan oleh Persatuan Melanau Dalat dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bertempat di Kem Belia Mukah.
Pengerusi Persatuan Melanau Dalat Ibrahim Mekir berkata, persatuan tersebut akan terus bergerak kehadapan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh memberi faedah kepada anak-anak muda.
“Pendekatan melalui program seperti ini kepada para belia dapat sedikit sebanyak menyedarkan mereka bahawa pentingnya generasi mereka pada hari untuk menjadi pelapis kepada pemimpin yang ada sekarang.
“Selain itu, program seumpama ini juga dapat memberi peluang kepada mereka untuk menjadi pemimpin yang baik kerana dalam program sebegini menyelitkan unsure-unsur kepimpinan dalam sepanjang aktiviti yang dilakukan oleh mereka sepanjang mereka disini,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata anak-anak muda terutamanya golongan wanita harus sentiasa berwaspada dengan pengaruh-pengaruh negatif yang dapat menghanyutkan kita kearah yang tidak sepatutnya.
“Kata-kata manis yang dilontarkan oleh orang yang ingin menghanyutkan kita janganlah didengar kerana ia akan merosakan masa depan kita, jadi apa yang penting kita tetap dengan matlamat kita dan impian kita,” ujarnya.
Sementara itu, Ahli Parlimen P.213 Mukah Datuk Seri Muhammad Leo Toyad berkata program seumpama itu harus dijadikan panduan dan iktibar dalam kehidupan seharian untuk menjadi modal insan yang berguna kepada bangsa dan negara.
“Belia-belia yang menyertai program atau seminar seperti ini yang dapat membentuk jati diri dan sahsiah harus mengambil kesempatan yang ada tersebut dengan sepenuh hati dan menghayati terus kedalam jiwa mereka.
“Sehubungan dengan itu, kita mempunyai tenaga-tenaga penceramah yang berpengalaman untuk menggerakakn belia-belia kearah kejayaan dengan pengalaman yang ada pada mereka dan ini sekali gus dapat maju sebagai rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian berkata demikian ketika berucap pada program perasmian Seminar Belia dan remaja 2012 bertempat di Kem Belia Mukah semalam.
Turut hadir pada program tersebut ialah Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak Kenel Jeraiie dan Pegawai Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Fairul Desa.
Mkh-HM-Capt: RAKAM KENANGAN: Leo (duduk, dua kanan) bergambar bersama-sama peserta seminar sempena Seminar belia dan remaja 2012 di kem Belia Mukah. Turut kelihatan duduk dari kiri kenel, Ibrahim dan Fairul.
End…

No comments:

Post a Comment