Persatuan Tunas Kadet Remaja,
Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra,
43950 Sungai Pelik, Sepang,
Selangor Darul Ehsan.
__________________________________________________________
Tuan Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra,
43950 Sungai Pelik, Sepang,
Selangor Darul Ehsan. 05 MAC 2010
Tuan,
Memohon Mengadakan Perkhemahan Tahunan
Sukacita dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuki.
2.
Ahli Jawatankuasa Persatuan Kadet Remaja sekolah akan mengadakan
aktiviti perkhemahan tahunan. Perhemahan ini akan diadakan pada cuti
pertengahan penggal yang akan datang selama tiga hari, dua malam iaitu
pada 28 Mei hingga 30 Mei 2010
3.
Kami bercadang untuk mengadakan perkhemahan ini di Hutan Reakriasi Ulu
Bendul, Negeri Sembilan. Tempat ini dipilih kerana mempunyai
persekitaran yang mencabar kepada para ahli .
4.
Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah sebagai aktiviti tahunan
pertubuhan ini. Selain itu, perkhemahan ini diadakan untuk memberikan
pengalaman di samping dapat memupuk nilai-nilai murni di kalangan murid
seperti berdisiplin, bekerjasama dan sebagainya.
5.
Sebanyak 30 orang ahli akan menyertai perkhemahan ini. Mereka terdiri
daripada murid tahun empat hingga tahun enam. Selain itu, empat orang
guru penasihat akan turut serta dalam perkhemahan ini.
Besarlah
harapan kami agar permohonan ini dapat dipertimbangkan. Kerjasama
daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
Yang menjalankan tugas,
Darsan Aliman
…………………………………
(DARSAN BIN ALIMAN)
Setiausaha Persatuan Tunas Kadet Remaja
Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra,
43950 Sungai Pelik, Sepang,
Selangor Darul Ehsan.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletenoob
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Delete