Sunday 18 November 2012

CONTOH KARANGAN BIBLIOGRAFI

Ibuku merupakan insan yang mulia dan patut dikagumi.Setiap orang pasti mempunyai seorang ibu dan tanpa ibu siapalah diri kita.
    Ibuku dilahirkan pada 20 APRIL 1972.Anak sulung kepada pasangan Mohamad Rahman dan Rasyidah Omar ini diberi nama Nurul Maria Sabrina.Dialah ibuku yang dimaksudkan.Dia dibesarkan di Teluk Intan,Perak.
    Setelah tamat persekolahannya di sekolah kebangsaan serta sekolah menengah,dia terus mendapat keputusan STPM yang sangat cemerlang.Ini kerana ibuku selalu berusaha untuk mencapai kejayaan dan ingin membanggakan ayah serta ibunya.
    Ibuku meneruskan pelajarannya di Universiti Kebangsaan Malaysia,Kuala Lumpur selama lima tahun.Dia mengambil Diploma Pendidikan di universitinya.
    Setelah itu ibuku berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Teaknik Teluk Intan.Di sini juga,ibuku telah mendirikan rumah tangga bersama ayahku,Mohamad Danial iaitu pada 10 MAC 1995.Setelah dua tahun berada di Teluk Intan,ibuku terpaksa mengikut ayahku berpindah ke Ipoh dibabkan oleh kenaikan pangkat.KIni ibuku berkhidmat di
Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson,Ipoh sebagai guru Bahasa Inggeris sehingga sekarang.
    Kini ibuku telah berumur 38 tahun dan sudah dikurniakan 5 orang anak.Aku berasa sungguh bersyukur kerana mempunyai ibu yang berperibadi mulia serta mengambil berat tentang keluarganya.   

CONTOH SURAT RASMI

Persatuan Tunas Kadet Remaja,
Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra,
43950 Sungai Pelik, Sepang,
Selangor Darul Ehsan.

__________________________________________________________

Tuan Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra,
43950 Sungai Pelik, Sepang,
Selangor Darul Ehsan. 05 MAC 2010

Tuan,

Memohon Mengadakan Perkhemahan Tahunan

Sukacita dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuki.

2. Ahli Jawatankuasa Persatuan Kadet Remaja sekolah akan mengadakan aktiviti perkhemahan tahunan. Perhemahan ini akan diadakan pada cuti pertengahan penggal yang akan datang selama tiga hari, dua malam iaitu pada 28 Mei hingga 30 Mei 2010 

3. Kami bercadang untuk mengadakan perkhemahan ini di Hutan Reakriasi Ulu Bendul, Negeri Sembilan. Tempat ini dipilih kerana mempunyai persekitaran yang mencabar kepada para ahli . 

4. Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah sebagai aktiviti tahunan pertubuhan ini. Selain itu, perkhemahan ini diadakan untuk memberikan pengalaman di samping dapat memupuk nilai-nilai murni di kalangan murid seperti berdisiplin, bekerjasama dan sebagainya.

5. Sebanyak 30 orang ahli akan menyertai perkhemahan ini. Mereka terdiri daripada murid tahun empat hingga tahun enam. Selain itu, empat orang guru penasihat akan turut serta dalam perkhemahan ini.

Besarlah harapan kami agar permohonan ini dapat dipertimbangkan. Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian. 

Yang menjalankan tugas,

Darsan Aliman
…………………………………
(DARSAN BIN ALIMAN)
Setiausaha Persatuan Tunas Kadet Remaja 
Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra,
43950 Sungai Pelik, Sepang,
Selangor Darul Ehsan.

CONTOH SURAT TIDAK RASMI

No. 11, Lorong IM 14/9,
                                                                                                                Taman Mahkota Idaman,
                                                                                                                25200 Kuantan,
                                                                                                                Pahang Darul Makmur.
                                                                                                                                  
                                                                                                                5 Januari 2011

          Ke hadapan sahabatku yang diingati selalu, Norhana yang berada di Ipoh. Semoga saudari sekeluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saya dan keluarga di sini sihat walafiat.

Saudari,
          Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru 2011. Apa azam saudari pada tahun ini? Isi surat saya pada kali ini mengandungi cerita tentang pengalaman percutian saya dan keluarga saya di Cameron Highlands pada cuti hujung tahun yang lalu.

           Saya menginap di sebuah hotel di Brincang selama dua malam. Semasa berada di sana, saya telah berkunjung ke beberapa tempat yang menarik. Saya berpeluang melawat ladang teh, kebun bunga ros, taman kaktus, ladang strawberi, kebun sayur-sayuran dan Hutan Lipur Tanah Rata.

          Tempat yang menarik hati saya ialah ladang strawberi. Di situ, saya berpeluang memetik sendiri buah strawberi yang segar. Saya membeli beberapa bungkus strawberi untuk dibawa pulang. Cuaca di Tanah Tinggi Cameron Hinglands sangat sejuk. Saya berasa seolah-oleh berada di luar negara yang beriklim sejuk. Saya begitu gembira dapat bercuti di sana.

          Setakat ini sahaja yang dapat saya tulis untuk tatapan saudari. Semoga dipanjangkan usia kita agar dapat berjumpa lagi.       


                                                                                                                                      Sahabatmu ,

                                                                                                                                 Hanim Insyirah

CONTOH KARANGAN AUTOBIOGRAFI


Tajuk : Aku sehelai baju

Aku dilahirkan di sebuah butik terkenal di ibu kota. Selepas dilahirkan, aku dipakaikan pada sebuah patung dan diletakkan di dalam cermin. Tanda harga yang terlekat di badanku menunjukkan RM 350.

Setelah lima hari berada di situ, aku telah dibeli oleh seorang gadia bernama Linda. Linda memakaiku pada majlis hari jadinya. Sebaik sahaja kawan-kawan Linda melihat diriku mereka semua memuji kecantikan yang aku miliki.

Selang beberapa bulan, Linda ingin memakaiku sekali lagi. Apabila melihat badanku berkedut, dia mengambil seterika lalu menggosokku.

Ketika badanku diseterika, telefon berdering. Linda berlari meninggalkan aku sehingga terlupa untuk menutup suis seterika. Badanku mula terasa panas. Aku cuba menahan keperitan, tetapi akhirnya aku hanya mampu menangis kerana terlampau sakit. Lama-kelamaan sebahagian badanku terbakar.

Apabila terhidu bau benda terbakar, Linda tergesa-gesa mendapatkanku. Tetapi sudah terlambat kerana aku tidak boleh diselamatkan lagi. Kini aku hanya menjadi penghuni setia almari usang.
Back to top

CONTOH LAPORAN





Belia dan Remaja pelapis kepada pemimpin yang ada sekarang
Oleh Pretty Licha


MUKAH: Seramai 30 orang belia menyertai Seminar Belia dan remaja 2012 yang dianjurkan oleh Persatuan Melanau Dalat dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bertempat di Kem Belia Mukah.
Pengerusi Persatuan Melanau Dalat Ibrahim Mekir berkata, persatuan tersebut akan terus bergerak kehadapan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh memberi faedah kepada anak-anak muda.
“Pendekatan melalui program seperti ini kepada para belia dapat sedikit sebanyak menyedarkan mereka bahawa pentingnya generasi mereka pada hari untuk menjadi pelapis kepada pemimpin yang ada sekarang.
“Selain itu, program seumpama ini juga dapat memberi peluang kepada mereka untuk menjadi pemimpin yang baik kerana dalam program sebegini menyelitkan unsure-unsur kepimpinan dalam sepanjang aktiviti yang dilakukan oleh mereka sepanjang mereka disini,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata anak-anak muda terutamanya golongan wanita harus sentiasa berwaspada dengan pengaruh-pengaruh negatif yang dapat menghanyutkan kita kearah yang tidak sepatutnya.
“Kata-kata manis yang dilontarkan oleh orang yang ingin menghanyutkan kita janganlah didengar kerana ia akan merosakan masa depan kita, jadi apa yang penting kita tetap dengan matlamat kita dan impian kita,” ujarnya.
Sementara itu, Ahli Parlimen P.213 Mukah Datuk Seri Muhammad Leo Toyad berkata program seumpama itu harus dijadikan panduan dan iktibar dalam kehidupan seharian untuk menjadi modal insan yang berguna kepada bangsa dan negara.
“Belia-belia yang menyertai program atau seminar seperti ini yang dapat membentuk jati diri dan sahsiah harus mengambil kesempatan yang ada tersebut dengan sepenuh hati dan menghayati terus kedalam jiwa mereka.
“Sehubungan dengan itu, kita mempunyai tenaga-tenaga penceramah yang berpengalaman untuk menggerakakn belia-belia kearah kejayaan dengan pengalaman yang ada pada mereka dan ini sekali gus dapat maju sebagai rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian berkata demikian ketika berucap pada program perasmian Seminar Belia dan remaja 2012 bertempat di Kem Belia Mukah semalam.
Turut hadir pada program tersebut ialah Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak Kenel Jeraiie dan Pegawai Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Fairul Desa.
Mkh-HM-Capt: RAKAM KENANGAN: Leo (duduk, dua kanan) bergambar bersama-sama peserta seminar sempena Seminar belia dan remaja 2012 di kem Belia Mukah. Turut kelihatan duduk dari kiri kenel, Ibrahim dan Fairul.
End…