Ibuku merupakan insan yang
mulia dan patut dikagumi.Setiap orang pasti mempunyai seorang ibu dan
tanpa ibu siapalah diri kita.
Ibuku dilahirkan pada 20 APRIL
1972.Anak sulung kepada pasangan Mohamad Rahman dan Rasyidah Omar ini
diberi nama Nurul Maria Sabrina.Dialah ibuku yang dimaksudkan.Dia
dibesarkan di Teluk Intan,Perak.
Setelah tamat
persekolahannya di sekolah kebangsaan serta sekolah menengah,dia terus
mendapat keputusan STPM yang sangat cemerlang.Ini kerana ibuku selalu
berusaha untuk mencapai kejayaan dan ingin membanggakan ayah serta
ibunya.
Ibuku meneruskan pelajarannya di Universiti
Kebangsaan Malaysia,Kuala Lumpur selama lima tahun.Dia mengambil
Diploma Pendidikan di universitinya.
Setelah itu ibuku
berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Teaknik Teluk Intan.Di sini
juga,ibuku telah mendirikan rumah tangga bersama ayahku,Mohamad Danial
iaitu pada 10 MAC 1995.Setelah dua tahun berada di Teluk Intan,ibuku
terpaksa mengikut ayahku berpindah ke Ipoh dibabkan oleh kenaikan
pangkat.KIni ibuku berkhidmat di
Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson,Ipoh sebagai guru Bahasa Inggeris sehingga sekarang.
Kini ibuku telah berumur 38 tahun dan sudah dikurniakan 5 orang
anak.Aku berasa sungguh bersyukur kerana mempunyai ibu yang berperibadi
mulia serta mengambil berat tentang keluarganya.
Bahasa Malaysia Tahun 5
Sunday, 18 November 2012
CONTOH SURAT RASMI
Persatuan Tunas Kadet Remaja,
Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra,
43950 Sungai Pelik, Sepang,
Selangor Darul Ehsan.
__________________________________________________________
Tuan Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra,
43950 Sungai Pelik, Sepang,
Selangor Darul Ehsan. 05 MAC 2010
Tuan,
Memohon Mengadakan Perkhemahan Tahunan
Sukacita dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuki.
2. Ahli Jawatankuasa Persatuan Kadet Remaja sekolah akan mengadakan aktiviti perkhemahan tahunan. Perhemahan ini akan diadakan pada cuti pertengahan penggal yang akan datang selama tiga hari, dua malam iaitu pada 28 Mei hingga 30 Mei 2010
3. Kami bercadang untuk mengadakan perkhemahan ini di Hutan Reakriasi Ulu Bendul, Negeri Sembilan. Tempat ini dipilih kerana mempunyai persekitaran yang mencabar kepada para ahli .
4. Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah sebagai aktiviti tahunan pertubuhan ini. Selain itu, perkhemahan ini diadakan untuk memberikan pengalaman di samping dapat memupuk nilai-nilai murni di kalangan murid seperti berdisiplin, bekerjasama dan sebagainya.
5. Sebanyak 30 orang ahli akan menyertai perkhemahan ini. Mereka terdiri daripada murid tahun empat hingga tahun enam. Selain itu, empat orang guru penasihat akan turut serta dalam perkhemahan ini.
Besarlah harapan kami agar permohonan ini dapat dipertimbangkan. Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
Yang menjalankan tugas,
Darsan Aliman
…………………………………
(DARSAN BIN ALIMAN)
Setiausaha Persatuan Tunas Kadet Remaja

CONTOH SURAT TIDAK RASMI
No. 11, Lorong IM 14/9,
Taman Mahkota Idaman,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
5 Januari 2011
Ke hadapan sahabatku yang diingati selalu, Norhana yang berada di Ipoh.
Semoga saudari sekeluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saya
dan keluarga di sini sihat walafiat.
Saudari,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru
2011. Apa azam saudari pada tahun ini? Isi surat saya pada kali ini
mengandungi cerita tentang pengalaman percutian saya dan keluarga saya
di Cameron Highlands pada cuti hujung tahun yang lalu.
Saya menginap di sebuah hotel di Brincang selama dua malam. Semasa
berada di sana, saya telah berkunjung ke beberapa tempat yang menarik.
Saya berpeluang melawat ladang teh, kebun bunga ros, taman kaktus,
ladang strawberi, kebun sayur-sayuran dan Hutan Lipur Tanah Rata.
Tempat yang menarik hati saya ialah ladang strawberi. Di situ, saya
berpeluang memetik sendiri buah strawberi yang segar. Saya membeli
beberapa bungkus strawberi untuk dibawa pulang. Cuaca di Tanah Tinggi
Cameron Hinglands sangat sejuk. Saya berasa seolah-oleh berada di luar
negara yang beriklim sejuk. Saya begitu gembira dapat bercuti di sana.
Setakat ini sahaja yang dapat saya tulis untuk tatapan saudari. Semoga
dipanjangkan usia kita agar dapat berjumpa lagi.
Sahabatmu ,
Hanim Insyirah
CONTOH KARANGAN AUTOBIOGRAFI
Tajuk : Aku sehelai baju
Aku dilahirkan di sebuah butik terkenal di ibu kota. Selepas dilahirkan, aku dipakaikan pada sebuah patung dan diletakkan di dalam cermin. Tanda harga yang terlekat di badanku menunjukkan RM 350.
Setelah lima hari berada di situ, aku telah dibeli oleh seorang gadia bernama Linda. Linda memakaiku pada majlis hari jadinya. Sebaik sahaja kawan-kawan Linda melihat diriku mereka semua memuji kecantikan yang aku miliki.
Selang beberapa bulan, Linda ingin memakaiku sekali lagi. Apabila melihat badanku berkedut, dia mengambil seterika lalu menggosokku.
Ketika badanku diseterika, telefon berdering. Linda berlari meninggalkan aku sehingga terlupa untuk menutup suis seterika. Badanku mula terasa panas. Aku cuba menahan keperitan, tetapi akhirnya aku hanya mampu menangis kerana terlampau sakit. Lama-kelamaan sebahagian badanku terbakar.
Apabila terhidu bau benda terbakar, Linda tergesa-gesa mendapatkanku. Tetapi sudah terlambat kerana aku tidak boleh diselamatkan lagi. Kini aku hanya menjadi penghuni setia almari usang.

CONTOH LAPORAN
Belia
dan Remaja pelapis kepada pemimpin yang ada sekarang
Oleh
Pretty Licha
MUKAH:
Seramai 30 orang belia menyertai Seminar Belia dan remaja 2012 yang dianjurkan
oleh Persatuan Melanau Dalat dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat bertempat di Kem Belia Mukah.
Pengerusi
Persatuan Melanau Dalat Ibrahim Mekir berkata, persatuan tersebut akan terus
bergerak kehadapan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh memberi faedah
kepada anak-anak muda.
“Pendekatan
melalui program seperti ini kepada para belia dapat sedikit sebanyak
menyedarkan mereka bahawa pentingnya generasi mereka pada hari untuk menjadi
pelapis kepada pemimpin yang ada sekarang.
“Selain
itu, program seumpama ini juga dapat memberi peluang kepada mereka untuk
menjadi pemimpin yang baik kerana dalam program sebegini menyelitkan
unsure-unsur kepimpinan dalam sepanjang aktiviti yang dilakukan oleh mereka
sepanjang mereka disini,” katanya.
Dalam
pada itu, beliau berkata anak-anak muda terutamanya golongan wanita harus
sentiasa berwaspada dengan pengaruh-pengaruh negatif yang dapat menghanyutkan
kita kearah yang tidak sepatutnya.
“Kata-kata
manis yang dilontarkan oleh orang yang ingin menghanyutkan kita janganlah
didengar kerana ia akan merosakan masa depan kita, jadi apa yang penting kita
tetap dengan matlamat kita dan impian kita,” ujarnya.
Sementara
itu, Ahli Parlimen P.213 Mukah Datuk Seri Muhammad Leo Toyad berkata program
seumpama itu harus dijadikan panduan dan iktibar dalam kehidupan seharian untuk
menjadi modal insan yang berguna kepada bangsa dan negara.
“Belia-belia
yang menyertai program atau seminar seperti ini yang dapat membentuk jati diri
dan sahsiah harus mengambil kesempatan yang ada tersebut dengan sepenuh hati
dan menghayati terus kedalam jiwa mereka.
“Sehubungan
dengan itu, kita mempunyai tenaga-tenaga penceramah yang berpengalaman untuk
menggerakakn belia-belia kearah kejayaan dengan pengalaman yang ada pada mereka
dan ini sekali gus dapat maju sebagai rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau
berkata demikian berkata demikian ketika berucap pada program perasmian Seminar
Belia dan remaja 2012 bertempat di Kem Belia Mukah semalam.
Turut
hadir pada program tersebut ialah Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak
Kenel Jeraiie dan Pegawai Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
(LPPKN) Fairul Desa.
Mkh-HM-Capt:
RAKAM KENANGAN: Leo (duduk, dua kanan) bergambar bersama-sama peserta seminar
sempena Seminar belia dan remaja 2012 di kem Belia Mukah. Turut kelihatan duduk
dari kiri kenel, Ibrahim dan Fairul.
End…
Subscribe to:
Posts (Atom)